Thursday, May 26, 2011

Lama pula tk bertandang!!

Lupa.

...itu yang jadi gini.
mungkin sudah tua
itu alpa pada yang ini.

Aduiih...macam man boleh jadi gini ni?
blog ditinggalkan sesuram sangat
sampai layu bunga ditaman
tidak disiram dengan kata-kata
aduiih....

Lupa.
Moga iya hanya seketika
sesaat dan selamanya akan tersedar
aku perlu sentiasa berada disini
untuk sebuah kata ketenangan hati.

Wednesday, April 20, 2011

Tiada kerja!!

Satu hari cantikkan blog.

Bukan tk sibuk. Bukan tk banyak kerja yang perlu diselesaikan tapi moodkan yang tidak seberapa ok memaksa aku untuk bertungkus lumus menwarnakan blog aku yangs uram-suram ini. Dan hasilnya..jeng..jeng..jeng..lawa dan mantap la juga akhirnya kan..hehehe

Sambil-sambil mengensemkan @duniaku, online juga di FB (padahal tiap masa bha ngan FB..hahaha). Orang bilang " menyelam sambil minum air" kikikiki...dan jiwa kacau kawan-kawan lama menyentuh perasaan. Bagi semangat la juga aku ngan diorg last-last macam pakar kaunseling la pula aku ni..hahah..pengalaman-pengalaman, tu boleh berkata-kata sebaik mungkin...hahaha...Bagi aku jiwa kacau boleh la sekali-sekali supaya kita mengigat mana tempat kita.. At least kita bertambah kuat menghadapi hari esok dan yang paling penting ia juga boleh mendekatkan kita pada Pencipta. 

Jiwa kacau paling mantap mesti sebab golongan adam tapi kadang-kadang salah kaum hawa juga. Terlalu mengharap pada cinta yang tak kekal...fuulamak, aku..hahhahhaha....Esok sambung, mau pulang...hehehe


-0.01

Negative!!

Sudah beberapa waktu, moodku dbawah kawalan -0.01. Tidak tau apa puncanya tapi kesannya aku jadi malas mau buat kerja. Malas mau datang kerja. Dan kadang-kadang solat n mengaji pn aku malas...Malas mau berfikir dan segala-galanya aku malas...aaahhh, tidak boleh berterusan mood -0.01 ni, jika tidak ia akan terus-terus akan menyusahkan sistem badanku...aduiih!!

Mungkin juga ini satu tanda bendera jepun akan menakluk sabah dibawah bayu?

Symptom tu macam sudah ada, ura-ura kedatangan jepun tu macam semakin mendekat. Dengan hati yg terlalu sensistif, badan mulai panas, kepala tidak ckup oksigen, hati yang selalu mau gerigitan dan bermacam-macam karena menguatkan lagi prasangka terkibarnya bendera jepun sekali lagi untuk dibulan ini....hahhhaa..dan ini juga mungkin satu punca moodku dbawah titik -0.01.

Waah!!tak suka..tk suka keadaan ini. Harap2 cuti jumat ini dapat menaikkan balik nilai moodku dtahap maximum...ehm, harap2. hehe

Monday, April 11, 2011

My Nephew


Muhammad Daniel Muhammad Fadzley, setahun empat bulan!!

Buah hati kami sekeluarga buat masa ini. Baru satu anak buah so tumpuhan semua ke arah dia..semua benda pn untuk dia...dari pakaian hingga ke buku semua beli untuk dia walapun kenal ABC pn tidak...hehe..yang best anak buahku ni senang dan cepat belajar..mudah2an la sampai besar dia begitu amin.

Weekend baru2 ni, celebrate bsday dia..walaupun sdah empat bulan berlalu..haha..tu aku cakap, dia memang anak buah kesayangan kami..best juga la party bsday dia, happening..siap buat games untuk kanak2 n org dewasa lagi you..hehe

Aku berdoa, moga Allah panjangkan usia anak buahku, bg dia reseki yang melimpah ruah, pmudahkan kehidupan dia n moga2 dia jadi org yang berguna pada bangsa dan juga agama. Amin..harap2 dia jadi doktor, so boleh juga aku tumpang glomur...hahhaha

Tuesday, April 5, 2011

Berakhir

Lama tk conteng2 dblog, kesibukan yang melanda tahap gaban!!

Tiada apa yang istimewa berlaku dalam hidup dan tiada sejarah untuk dicatatkan dalam beberapa waktu ini. Hanya sibuk mengurus lab dan budak2 fyp ku...ahhh!!kadang2 bosan melanda bila menengok karenah budak2 aku yang menyakitkan hati kadang2, yang bikin geram dan yang bikin cepat tua kadang2..entah, tk faham ngan karenah diorg dan kadang2 aku mengomel jua tahap gaban dFB dan akhirnya komen mencecah la juga puluhan..hahha..baru kamu tau klau aku sekali marah...hahhaha

.....dan akhirnya aku menemui cinta....piiiweeet!!

Bukan cinta sebenar tapi mungkin jalan menuju cinta...hahaha..kawan yang bagi tau alamat tentang org pandai dkota belut. Tentang "azimat" pemanis muka. Dengar cerita anak kawan dia yang guna azimat ni hanya dalam masa 3 bulan sahaja terus ada orang naik pinang dia...fuulamak, aku pn tcair hati ngan azimat ni dan akhirnya ramai2 jalan p kota belut..haha..tp tu la 2/3 hari ja guna last2 azimat tu simpan dalam bekas...aduiih, cam mana mau kawen cepat ni...hahhaha..jodoh, reseki semua dtangan Tuhan. Kita hambanya hanya perlu usaha, doa dan tawakal. Mudah2an Allah permudahkan jodoh kita semua...amin!!

April, akhirnya berakhir semua kebizian yang terlampau. Lab sdah habis dan budak2 fyp pn tidak lagi menyusahkan aku dtahap gaban. Lepas ni boleh senyum dengan bangganya, boleh jalan2 dengan kawanku yang baru balik dr UK...yahoooo!!

Friday, January 7, 2011

Demonstrator

Terkejut bila terima call dari suara yang jarang sudah aku dengar. Kali sudah separuh tahun sudah.

Dia  : boleh ka ko jadi demo untuk lab bioproses prinsipal
Aku :  h? aku ndak pernah handle. lagi pn ini second time ja aku jaga..
Dia  : sebab aku pn ndak tau ni...(sambil ketawa2 biasa)
Aku : ehmmm.....

Bioprocess? Lab ini aku sudah lama tinggalkan. empat atu lima tahun lepas. Tidak ingat sudah how to prepare medium. Macam mana dia membiak. How to quantified  of cell number. Ahhh...bacteria negatif/ positive pn aku sudah lupa character nya...aduiiih!!.

Terpaksa cari info lama. Selonggar semua2nya dbilik stor. Berabuk tp terpaksa klau tidak macam mana aku mau mengajar student Degree tahun tiga chemical engineering. Karang ditanya yang bukan2 aku juga yang cam buduh-buduh didepan. Memalukan diri sendiri ja last2...Masa tinggal seminggu ja untuk peras otak sampai tahap maksimum. Moga otak masih fresh cam dulu time muda belia...hehhee

Caiyok!!

Tuesday, January 4, 2011

Kesilapan

Mungkin mmg aku silap ni hari.Tidak berpuasa untuk kepuasan bernafas.

.....alamak!! memang pernafasanku tidak stabil. Aduiiih pening dbuatnya. Bila pening, mood kerja pn down...down..and down sedown2nya (ikut suka ati aku ja buat ayat..hahhaha). Perasan aku pn macam bercambur aduk...ala macam kopi + teh, ndak rasa teh, tidak juga terasa kopi...entah rasa apa...ehmm, macam2 la perasanku ni bila gas oksigen tidak cukup sampai di otak. Kadang-kadang rasa macam otak mau meletup pula...jantungku pn cam laen...iiishhh222

Itu lah mmg mungkin aku silap, tidak control makan untuk hari ini.

Perut buncit penuh gas, tapi tidak boleh mengepam sampai ke otak. Aduuiiih..sengsara dbuatnya. Silap2!!!!. Mungkin ka esok kesilapan itu akan berulang lagi?

Monday, January 3, 2011

Selangkah @duniaku di tahun 2011

Salam tahun baru 2011.

....dan hari ini 3 januari 2011 serta isnin hari pertama bekerja untuk tahun 2011. Tiada apa yang berlaku untuk dua hari awal untuk tahun baru ini. Duduk rumah dan berehat. Cuma ahad mengunjungi jemputan kawen kawan lama, xstuddent chemical.

Tahun baru dengan keazamaan dan ketabahan. Lupakan 2010 yang penuh onak ombak tsunami. Lupakan segalanya....

Blog baru di tahun 2011. @duniaku bermula hari ini. Moga aku ceria mewarnakannya. 

Salam 2011.